Quantcast
Channel: Nadhira Izzati | Malaysian Beauty Blogger
Viewing all articles
Browse latest Browse all 153

Fesyen Tudung Online Moden

$
0
0
Assalamualaikum

Perasan atau tidak, sejak akhir-akhir ini pelbagai rekaan tudung online terkini yang boleh anda temui di pasaran. Bukan sahaja ditawarkan dengan harga yang amat berpatutan, malah koleksi tudung online ini juga amat mudah untuk dipakai dan sesuai untuk wanita bekerjaya. Nama-nama seperti Sugarscarf, Ariani, Hijab by Emma Maembong dan Najjah merupakan jenama-jenama yang sering menjadi pilihan utama para penggemar koleksi tudung online.

Apakah jenis tudung online terkini yang paling digemari dan sering menjadi pilihan para hijabista? Teruskan membaca entri ini untuk mengetahui 2 jenis tudung online terkini yang paling meletop!


1. Instant Shawl

Tudung jenis ini memang paling 'in' seperti yang boleh anda lihat di laman sosial seperti Facebook dan Instagram, ramai peniaga-peniaga online turut menjual koleksi tudung instant shawl dengan tawaran harga yang sangat berpatutan. Bukan itu sahaja, tudung jenis ini amat digemari kerana pemakaian yang amat mudah dan pantas. Hanya sekali masuk sahaja anda kemudian akan kelihatan seperti memakai shawl berlilit. Bagi mereka yang gemar memakai shawl berlilit namun tidak mahu kenakan pin tudung yang terlalu banyak, instant shawl ini mungkin adalah pilihan baru kegemaran anda. Mudah, bukan?


2. Hood Shawl

Trend tudung kedua yang paling digemari pula adalah tudung jenis hood atau hood shawl. Untuk pemakaian tudung jenis ini, anda harus memakai anak tudung atau ‘ninja’ untuk memastikan rambut tidak kelihatan. Saya sendiri amat menyukai fesyen tudung seperti ini kerana amat mudah digayakan dan nampak sungguh menawan, tambahan pula dengan idea reka bentuk tudung yang sangat cantik. Ya, hood shawl ini datang dengan pelbagai jenis warna dan reka bentuk yang unik, jadi jangan risau tentang pakaian yang anda pakai. Ianya sangat sesuai dengan apa jenis pemakaian sekalipun. Kita boleh lihat kini ramai hijabista memakai hood shawl dan mampu menggayakannya dengan anggun sekali. 


3. Satin Shawl

Dan pilihan ketiga adalah satin shawl yang bukan sahaja menyerlahkan lagi penampilan si pemakai malah memberikan suatu gaya yang cukup glamor. Tudung jenis ini amat sesuai untuk digayakan ke majlis-majlis yang istimewa kerana jenis kainnya yang sangat cantik. Anda juga boleh menggayakan tudung ini dalam pelbagai cara . Ramai yang takut untuk menggayakan satin shawl seperti ini kerana jenis kain yang licin, namun dengan cara pemakaian yang tepat, anda akan kelihatan sangat menawan. Semua wanita pasti ingin kelihatan glamor, bukan?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 153

Trending Articles