Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah minggu lepas sy berjumpa dengan founder Chriszen dan dapat lagi gift. Sebenarnya sy dapat 4 jenis product tapi untuk buat review, sy akan bahagikan entry dan buat review satu persatu so senang bagi korang nak baca dan faham tentang product ni. Nantikan entry-entry sy yang lain di mana sy akan buat review kesemua product daripada Chriszen ni k. Semua product yang diorang jual best-best! Korang takkan menyesal lah! ^_^
Untuk product yang pertama ni sy nak buat review tentang Chriszen Moist Cake. Ini bukan cake untuk dimakan tu yer. Ini sebenarnya foundation untuk muka yang korang apply sebelum pakai face powder (bedak muka). Tapi Chriszen Moist Cake ni bukan macam foundation biasa tau. 2 in 1 foundation. Kenapa? Sebab sambil korang pakai foundation tu, dia sebenarnya dapat membantu memulihkan kondisi muka korang.
Packaging Chriszen Moist Cake |
Seperti yang sy cakap tadi, foundation ni ada banyak kelebihan. Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa foundation ni mempunyai 2 warna. Ok yang warna coklet tu adalah foundation. Bila beli Chriszen Moist Cake ni, korang kena ikut dan pilih warna coklet tu dengan betul mengikut kesesuaian warna kulit korang, sebab foundation ni ada 3 jenis warna. Dan warna putih tu pulak adalah L-Glutathione dimana ia dapat membantu memutihkan dan memperbaiki kondisi muka korang. Bagi sesetengah orang, mereka suka mix foundation dengan product skincare lain sebelum sapu ke seluruh muka. Tapi selepas beli foundation Chriszen Moist Cake ni, korang tak perlu lagi buat macam tu k sebab dia memang dah sedia mix dengan L-Glutathione. So sangat memudahkan korang lah.
01-Untuk warna kulit jenis 'pale' (chinese skintone)
02-Untuk berkulit cerah (malay skintone)
03-Untuk berkulit gelap
Foundation ni jenis krim. Korang kena apply kat muka menggunakan sponge dan jangan apply guna jari dikuatiri tidak bersih. Disebabkan foundation ni jenis krim, korang kena sapu betul-betul sehingga rata untuk elakkan bertompok dan tebal. Kalau tak rata nanti muka korang rasa tebal sangat-sangat dan mula lah rasa tak selesa. So pastikan sapu rata k.
Swatches (code no.02) |
Perasan tak sebelah kanan tu kulit nampak lebih halus berbanding sebelah kiri. |
Untuk pengetahuan korang, Chriszen Moist Cake ni mempunyai SPF 50! Haaa sebenarnya kalau SPF lagi tinggi lagi bagus sebab dia dapat membantu melindungi kulit kita daripada cahaya matahari. So takde lah muka merah dan terbakar kena matahari. So SPF 50 ni dah kira ok lah ni. Btw, gambar bawah ni sy nak tunjuk muka sy sebelum dan selepas guna Chriszen foundation.
![]() |
My God! Ok abaikan muka tak berapa nak lawa sebelah kiri tu yer ^_^ |
Seperti yang korang nampak gambar kat atas, gambar 'sebelum' tu korang boleh tengok sendiri sebenarnya warna kulit sy tak sekata terutama kawasan mata, mulut dan hidung disebabkan kurang tidur dan kurang minum air putih. (student, assignment banyak -_-) Tapi selepas guna Chriszen Moist Cake ni alhamdulillah dia dapat membantu menghaluskan dan sekatakan warna kulit sy. sekurang-kurangnya takde lah nampak macam zombie keluar rumah, kan?
Kalau korang mempunyai masalah kulit seperti jerawat, parut, tompok hitam, eyebag dan sebagainya, jangan risau lah sebab foundation ni confirm dapat cover semua tu. Bila keluar rumah pun korang takde lah segan sangat kan. Eh eh product ni juga boleh dipakai oleh mereka yang mempunyai kulit sensetif k. Jangan risau :)
Kalau korang mempunyai masalah kulit seperti jerawat, parut, tompok hitam, eyebag dan sebagainya, jangan risau lah sebab foundation ni confirm dapat cover semua tu. Bila keluar rumah pun korang takde lah segan sangat kan. Eh eh product ni juga boleh dipakai oleh mereka yang mempunyai kulit sensetif k. Jangan risau :)
Oh btw sebelum sy terlupa, gambar 'sebelum' tu sy tengah pegang Chriszen 24K Gold Ampul (sy pakai product ni sebelum apply foundation). Kalau korang beli foundation tu, korang akan dapat free 24K Gold Ampul ni. Yes, free! Siapa yang tak nak, kan? Ok next entry nanti sy akan buat entry tentang 24K Gold Ampul ni pulak k. Sabar yer.
For your information, product Chriszen ni original yer. Founder Chriszen ni sendiri yang inform kat sy, kalau nak tau product ni ori ke tak, tengok QR Code.
Original = ada QR Code |
Harga Chriszen Moist Cake:
RM59.00
(dapat free Chriszen 24K Gold Ampul)
Mana nak beli:
Website: http://www.chriszen.com/
p/s: these product have been given to me for a review purposes. all review above are based on my own opinion.